PENGAJIAN ISLAM

Tuesday, May 2, 2023

PENDAHULUAN

 

PENDAHULUAN 


Masjid memainkan peranan yang sangat penting dalam membangunkan umat Islam dan menegakkan tamadun kehidupan mereka. Takrif masjid dari segi bahasa ialah berasal dari bahasa arab “sajada”, ”yasjudu”, ”sujudan” yang membawa maksud erti sujud. Dalam konteks pemakaiannya, sesuatu kawasan yang mempunyai bangunan yang diperbuat daripada batu dan kayu tetapi dikhaskan dan diniatkan untuk masjid maka dengan demikian ia telah menjadi masjid. Bangunan tempat orang Islam sujud ketika bersembahyang. Dalam erti kata lain, masjid merupakan bangunan rasmi untuk umat Islam melaksanakan kegiatan ibadah yang biasanya mempunyai mimbar, mihrab, menara dan sebagainya. Satu binaan yang digunakan untuk sembahyang jemaah, bersembahyang Jumaat, beriktikaf dan mempunyai kehormatan tertentu. Ciri-ciri masjid ialah binaan yang digunakan untuk melaksanakan ibadah khususiyyah atau lain-lain kegiatan yang dibenarkan agama. Konsep masjid ialah suatu binaan yang dikhususkan kepada orang islam bagi melaksanakan ibadah. Keistimewaan kerana umat islam berkewajipan untuk datang ke masjid sekurangnya sekali seminggu untuk menunaikan solat jumaat.Oleh itu terdapat beberapa masalah yang menyebabkan orang tidak datang ke masjid.

 

 

Antara peranan masjid ialah:

Ø Masjid berperanan sebagai tempat pembinaan ruhiyyah.

Ø Masjid berperanan sebagai tempat memarakkan sosial masyarakat.

Ø Masjid sebagai tempat pengajaran dan latihan.

Ø Masjid sebagai tempat meleraikan kusut kehidupan seperti qadha’ dan lain-lain.

Ø    Masjid sebagai tempat mengatur sistem politik seperti syura, bai’ah dan membuat resolusi serta keputusan yang besar.

No comments:

Post a Comment

TAJUK

  MPU 23012   PENGAJIAN ISLAM   JABATAN PERDAGANGAN   TAJUK: ISU YANG PALING KETARA SEKARANG INI ADALAH MASJID YANG SUNYI HA...