Kesimpulannya
Masjid merupakan institusi penting dalam membangunkan masyarakat. Peranan
masjid merupakan agen untuk menyatukan masyarakat dan membantu menyelesaikan
urusan masyarakat.
Ahli jawatankuasa masjid seharusnya memainkan peranan untuk menarik minat
para pemuda dan memahami apa yang diminati mereka. Antaranya dengan
memperbanyakkan aktiviti yang diminati mereka seperti menganjurkan aktiviti
bersukan dan riadah.
Selain itu, pihak masjid juga boleh menyediakan infrastruktur yang
menjadi keperluan umat islam dan juga anak-anak muda seperti kemudahan
teknologi, pusat kemudahan riadah dan pusat pendidikan bagi menarik minat
masyarakat untuk menghadiri dan mengimarahkan masjid. Begitu juga dengan
menjadikan masjid sebagai rujukan untuk kemasyaratan dan khidmat kepada
masyarakat dengan mengadakan kursus pra-perkahwinan dan kelas tambahan secara
percuma.
Akhir sekali, kami katakan bahawa menjinakkan anak-anak muda dan menarik
mereka ke masjid boleh menjadikan jiwa mereka terisi, akhlak mereka
diunggulkannya serta kehidupan mereka lebih bermakna untuk menjadi orang dewasa
yang benar-benar mampu menggalas tugas sebagai hamba Allah yang soleh dan pada
masa akan datang sebagai pemimpin negara, negeri serta masyarakat. Inilah sebab
yang kita dambakan.
No comments:
Post a Comment