PENGAJIAN ISLAM

Tuesday, May 2, 2023

FAKTOR - FAKTOR

 

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN ORANG MUDA TIDAK DATANG KE MASJID

1.     Tidak mempunyai daya tarikan untuk menarik minat masyarakat setempat untuk datang ke masjid.

Ini telah menyebabkan    masyarakat tidak mempunyai daya tarikan untuk datang ke masjid.Oleh itu, pihak jawatankuasa masjid boleh mengadakan aktivit atau pertandingan yang berkenaan dgn agama untuk menarik minat masyarakat setempat. Contohnya, mengadakan ceramah dan menjemput penceramah jemputan atau tadaruz al-quran.Wujudkan aktiviti yang bersifat mesra orang muda sama ada di masjid atau kawasan sekitarnya agar perasaan kasih kepada masjid sentiasa subur dan laman yang mesra masyarakat sebagai sudut terapi yang kemungkinan adanya kolam ikan, sentiasa rapi dan bersih sifatnya, sedap mata memandang.Dengan ini, masyarakat akan lebih minat untuk datang ke masjid.

2.  Kurang aktiviti atau tempat untuk melakukan aktiviti sosial.

Ini kerana masyarakat zaman kini kurang minat untuk ke masjid terutama golongan remaja.Mereka lebih minat melakukan aktiviti sosial. Akan tetapi mereka akan lebih minat atau sering ke masjid jika mereka dapat melakukan ibadah dan aktiviti sosial di tempat yang sama.Contohnya, aktiviti gotong-royong.Oleh itu, pihak jawatankuasa masjid boleh juga membuat tempat untuk melakukan aktiviti sosial seperti lapangan futsal atau bola atau tempat beriadah. Dengan ini, dapat menarik minat masyarakat untuk datang ke masjid terutama golongan remaja sekaligus ini dapat mengimarahkan masjid tersebut

3.Layanan buruk

Hasil lain dari kecelaruan ini, ada orang dewasa yang sanggup menarik kanak-kanak yang sedang bersolat keluar dari saf kerana dia nak masuk saf. Kemudian disuruh budak itu ke saf belakang.

Akhlak buruk ini menjadikan kanak-kanak berjiwa lemah ketika berada di masjid.

Sementara orang dewasa yang lewat datang dan menarik kanak-kanak keluar itu pula terbiasa dengan sikap buruk sebagai seorang yang datang lewat lalu merampas tempat orang yang lebih awal.

NONEAda juga pihak masjid tidak suka kanak-kanak terlalu ramai ke masjid. Bimbang nanti mengganggu keheningan jamaah.

Dukacita sikap yang demikian tersimpan dalam perasaan sesetengah orang. Ini kerana sesetengah kita lebih ingin jaga warna kapet baru dari berkempen mendapat jamaah baru.

Dalam hadis Nabi SAW, baginda bersabda yang bermaksud:

"Aku mendirikan solat (sebagai imam) dan aku berhasrat ingin memanjangkannya. Tiba-tiba aku mendengar tangisan bayi, maka aku menyegerakan solatku kerana aku tidak suka membebankan ibunya". (Riwayat al-Bukhari)

Lihatlah sikap mesra pelanggan yang ditunjukkan oleh baginda. Maka tidak hairan, masjid di zaman menjadi tempat terpautnya hati setiap generasi. Hadis ini juga memberi maksud imam mesti meringankan solatnya, jika makmum ramai yang bertugas di belakangnya.Demikianlah Nabi SAW menjaga perasaan ahli jamaahnya. Adapun kita, jika ada anak yang menangis, ibunya pasti dipandang sinis.Maka jangan hairan jika kanak-kanak atau remaja merasai lebih diberi layanan mesra ketika berada di pusat-pusat hiburan, dibandingkan jika berada di masjid.Kemudian kita ‘bising' apabila generasi muda tidak minat dengan masjid, atau tidak selesa di masjid.

4. Pemikiran sekular

Di sudut kesyumulan Islam, pemikiran ‘sekular' masih terpalit baunya dalam gaya fikir kebanyakan kita. Pengajaran di masjid masih terikat dengan beberapa mata pelajaran tertentu sahaja, yang dianggap hanya itulah yang berkait dengan agama. Selainnya, tidak diberi ruang di dalam masjid.

Maka hanya tauhid, fekah, tafsir, tasauf dan seumpamanya diajar di masjid. Itupun sebahagiannya masih lagi menggunakan pendekatan lama seakan pendengarnya datang dari beberapa kurun yang lepas.

No comments:

Post a Comment

TAJUK

  MPU 23012   PENGAJIAN ISLAM   JABATAN PERDAGANGAN   TAJUK: ISU YANG PALING KETARA SEKARANG INI ADALAH MASJID YANG SUNYI HA...