Kelebihan
Mengimarahkan Masjid
Allah SWT berfirman:
إِنَّمَا يَعْمُرُ
مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ
وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ
Maksudnya:
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah
orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan
sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah.
(Surah
At-Taubah: 18)
Syeikh
Al-Tantawi dalam menafsirkan ayat ini menjelaskan di dalam kitabnya “Orang yang
mengimarahkan masjid merupakan mukmin yang benar-benar beriman kepada Allah
S.W.T dengan apa yang disuruh dan apa yang dilarang dengan petunjuk daripada
Baginda S.A.W dengan hati yang penuh dengan keikhlasan”. (Rujuk Tafsir al-Wasit
Li Tantawi: 6/228)
Imam Al-Qurtubi
di dalam tafsirnya menyatakan terdapat golongan salaf menyatakan “sekiranya
kamu melihat sesorang mengimarahkan masjid maka perelokkanlan prasangkamu
kepadanya” ini seperti mana hadis Nabi SAW daripada Abi Said Al-Khudri R.A
bahawa Rasullullah SAW bersabda:
إِذَا رَأَيْتُمُ
الرَّجُلَ يَعْتَادُ الْمَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيمَانِ
Maksud: Bila
kamu sekalian melihat seseorang yang sentiasa pergi ke masjid maka
persaksikanlah keimanan untuknya
Riwayat Imam
At-Tirmizi (1060)
Syeikh al-Mubarakfuri
berkata: Setengah riwayat menyebut orang yang begitu setia mendatangi masjid
atau memelihara untuk sentiasa ke masjid. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 8/389)
Hadis di
dalam sunan Ibnu Majah menceritakan bab kelebihan berjalan untuk melakukan
solat. Hadis daripada Anas bin Malik R.A. Sabda Nabi SAW:
بَشِّرْ الْمَشَّائِينَ
فِي الظُّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّورِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya:
Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan dalam kegelapan menuju
ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat”.
Riwayat Ibn
Majah (781)
Ibn Rajab
al-Hanbali berkata: Ibrahim al-Nakha'ie menyebut: Adalah salafus soleh melihat
dan berpendapat bahawa berjalan menuju ke masjid ketika suasana kegelapan malam
mewajibkan untuk meraih syurga. (Lihat Fath al-Bari oleh Ibn Rajab, 5/24)
No comments:
Post a Comment