PENGAJIAN ISLAM

Tuesday, May 2, 2023

CADANGAN / PENDAPAT

 Antara cadangan yang dapat menarik minat jemaah muda adalah :-

1.  



1.
Ahli jawatan kuasa boleh menjemput penceramah seperti ustaz-ustaz atau ustazah yang dikenali seperti Ustaz Wadi, Ustaz Azhar Idrus, Ustazah Asma Harun dan lain-lain. Dengan cara ini  lebih ramai akan datang ke masjid dan menarik orang muda untuk lebih kerap datang ke masjid untuk mendengar ceramah dan menunaikan solat berjemaah. Selain itu juga, orang di kawasan sekeliling juga akan datang untuk mendengar ceramah dan sekaligus menambah bilangan Jemaah masjid.

 


2.    2. Seterusnya, wujudkan laman yang mesra masyarakat terutamanya orang muda sebagai sudut terapi yang kemungkinan adanya kolam ikan, sentiasa rapi dan bersih sifatnya dan sedap mata memandang ketika datang ke masjid, sambil-sambil itu boleh tolong beri makan ikan. Selain itu, bina tempat yang selesa bagi orang muda dengan adanya wifi yang sentiasa dipandu dan dipimpin kearah kebaikan. Di samping itu, masjid perlu nampak menarik dan membersih satu halaman masjid dan hias apa yang patut.  Hal ini, pihak masjid perlu menyediakan tempat-tempat bagi menarik orang-orang muda untuk datang.


3.Menganjurkan karnival cinta masjid, ia bermatlamat menarik golongan remaja untuk datang ke masjid bagi solat berjemaah serta menjadikannya rumah kedua mereka. Tidak sekadar memuatkan pengisian berunsur dakwah menerusi forum dan ceramah agama, karnival itu turut membuka peluang perniagaan kepada ahli kariah di sekitarnya menerusi jualan barang-barangan dan terdapat trak makanan. Selain itu, suasana masjid yang biasanya agak sunyi dihidupkan dengan konsert nasyid berkonsepkan keagamaan yang dibarisi artis popular seperti Tam Spider, Yasin Sulaiman dan Andy Flop Poppy, sementara bagi kanak-kanak pula disediakan taman permainan serta zoo mini

No comments:

Post a Comment

TAJUK

  MPU 23012   PENGAJIAN ISLAM   JABATAN PERDAGANGAN   TAJUK: ISU YANG PALING KETARA SEKARANG INI ADALAH MASJID YANG SUNYI HA...