FAKTOR-FAKTOR
YANG MENYEBABKAN ORANG MUDA TIDAK DATANG KE MASJID
1. Tidak mempunyai daya tarikan untuk
menarik minat masyarakat setempat untuk datang ke masjid.
Ini telah
menyebabkan masyarakat tidak mempunyai
daya tarikan untuk datang ke masjid.Oleh itu, pihak jawatankuasa masjid boleh
mengadakan aktivit atau pertandingan yang berkenaan dgn agama untuk menarik
minat masyarakat setempat. Contohnya, mengadakan ceramah dan menjemput
penceramah jemputan atau tadaruz al-quran.Wujudkan aktiviti yang bersifat mesra
orang muda sama ada di masjid atau kawasan sekitarnya agar perasaan kasih
kepada masjid sentiasa subur dan laman yang mesra masyarakat sebagai sudut
terapi yang kemungkinan adanya kolam ikan, sentiasa rapi dan bersih sifatnya,
sedap mata memandang.Dengan ini, masyarakat akan lebih minat untuk datang ke
masjid.
2. Kurang aktiviti atau tempat untuk melakukan
aktiviti sosial.
Ini kerana
masyarakat zaman kini kurang minat untuk ke masjid terutama golongan
remaja.Mereka lebih minat melakukan aktiviti sosial. Akan tetapi mereka akan
lebih minat atau sering ke masjid jika mereka dapat melakukan ibadah dan
aktiviti sosial di tempat yang sama.Contohnya, aktiviti gotong-royong.Oleh itu,
pihak jawatankuasa masjid boleh juga membuat tempat untuk melakukan aktiviti
sosial seperti lapangan futsal atau bola atau tempat beriadah. Dengan ini,
dapat menarik minat masyarakat untuk datang ke masjid terutama golongan remaja
sekaligus ini dapat mengimarahkan masjid tersebut
3.Layanan
buruk
Hasil lain
dari kecelaruan ini, ada orang dewasa yang sanggup menarik kanak-kanak yang
sedang bersolat keluar dari saf kerana dia nak masuk saf. Kemudian disuruh
budak itu ke saf belakang.
Akhlak buruk
ini menjadikan kanak-kanak berjiwa lemah ketika berada di masjid.
Sementara
orang dewasa yang lewat datang dan menarik kanak-kanak keluar itu pula terbiasa
dengan sikap buruk sebagai seorang yang datang lewat lalu merampas tempat orang
yang lebih awal.
NONEAda juga
pihak masjid tidak suka kanak-kanak terlalu ramai ke masjid. Bimbang nanti
mengganggu keheningan jamaah.
Dukacita
sikap yang demikian tersimpan dalam perasaan sesetengah orang. Ini kerana
sesetengah kita lebih ingin jaga warna kapet baru dari berkempen mendapat
jamaah baru.
Dalam hadis
Nabi SAW, baginda bersabda yang bermaksud:
"Aku
mendirikan solat (sebagai imam) dan aku berhasrat ingin memanjangkannya.
Tiba-tiba aku mendengar tangisan bayi, maka aku menyegerakan solatku kerana aku
tidak suka membebankan ibunya". (Riwayat al-Bukhari)
Lihatlah
sikap mesra pelanggan yang ditunjukkan oleh baginda. Maka tidak hairan, masjid
di zaman menjadi tempat terpautnya hati setiap generasi. Hadis ini juga memberi
maksud imam mesti meringankan solatnya, jika makmum ramai yang bertugas di
belakangnya.Demikianlah Nabi SAW menjaga perasaan ahli jamaahnya. Adapun kita,
jika ada anak yang menangis, ibunya pasti dipandang sinis.Maka jangan hairan
jika kanak-kanak atau remaja merasai lebih diberi layanan mesra ketika berada
di pusat-pusat hiburan, dibandingkan jika berada di masjid.Kemudian kita
‘bising' apabila generasi muda tidak minat dengan masjid, atau tidak selesa di
masjid.
4. Pemikiran
sekular
Di sudut
kesyumulan Islam, pemikiran ‘sekular' masih terpalit baunya dalam gaya fikir
kebanyakan kita. Pengajaran di masjid masih terikat dengan beberapa mata
pelajaran tertentu sahaja, yang dianggap hanya itulah yang berkait dengan
agama. Selainnya, tidak diberi ruang di dalam masjid.
Maka hanya
tauhid, fekah, tafsir, tasauf dan seumpamanya diajar di masjid. Itupun
sebahagiannya masih lagi menggunakan pendekatan lama seakan pendengarnya datang
dari beberapa kurun yang lepas.